Perlakuan tidak bermoral dan bersifat gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang tular di media sosial baru-baru ini amat mendukacitakan.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Johor tidak bersetuju dan menyelar tindakan lelaki tersebut yang mencium mulut adik angkatnya.
Tindakan lelaki tersebut adalah tidak wajar kerana bahagian mulut dikategorikan sebagai bahagian peribadi dan tidak boleh disentuh sesuka hati oleh orang lain.
Menjadi orang yang dikenali seharusnya memberi contoh dan teladan yang baik untuk masyarakat. Justeru, Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Johor menyeru masyarakat terutamanya ibu bapa agar lebih peka dan menyediakan pengetahuan asas kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melindungi diri.
YAM Che’ Puan Khaleeda, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Johor
———
An immoral and child sexual harassment incident currently viral on social media is very worrying.
The Johor Girl Guides Association Malaysia (GGAM) do not agree and strongly condemn the action of the man kissing his step-sibling on the mouth.
The man's action is inappropriate because the mouth area is categorised as a personal space and cannot be freely touched by other people.
As a prominent person, he should set a good example and behaviour to the society. Hence, the Johor Girl Guides Association Malaysia (GGAM) urge the society especially parents to be more alert and impart basic knowledge to children so they can protect themselves.
HH Che' Puan Khaleeda, Yang Dipertua of the Johor Girl Guides Association Malaysia (GGAM)